Produk emas dari Public gold

Tuesday, November 24, 2009

Disini saya sertakan gambaran emas fizikal yg anda boleh beli dari Public Gold... Ia memang sesuai klau anda nk simpan bg tujuan pelaburan.. anda dibenarkan untuk melihat puas2 gambar tersebut... tiada charge dikenakan..:)

sekiranya anda teruja dengan emas dibawah ni, boleh le call sy aswan kat 019-7752534.. insyaAllah sy akn bekalkan. Lepas beli mesti anda rase puas.. cayela ckp saye..

p/s : Tiada istilah menyesal dlm pembelian emas fizikal... sbb anda xkn dengar dari mulut org lain mengatakan bahawa die menyesal sbb beli emas. kan??

Gold Bar 20 Gram (999 / 24K)


Gold Bar 50 Gram (999 / 24K)


Gold Bar 100 Gram (999 / 24K)


Coin 1 dinar (916 / 22K)


Coin 5 dinar (916 / 22K)



Coin 10 dinar (916 / 22K)


best kan ble tgk emas ni.. lg best klau anda sndiri yg ade benda ni. Tapi lg best ble anda akn tengok harge emas yg anda beli tu akan naik harganya.. ( hehe.. mcm sy wktu mule2 beli dulu la..)

Antara kebaian emas dari publicgold ni ialah:

Kebaikan:

1. Harga emas fizikal yang dijual adalah sangat kompetitif
2. Emas 24K, 999.9 dan Kualiti yang cantik.
3. Harga belian balik yang menarik ( cuma 5% dari harga emas semasa)
4. Boleh beli emas pakai kad kredit (tambah 3% dari nilai belian)
5. Laman web syarikat yang informatif tentang emas.
6. Emas nie emas fizikal, so boleh gi pajak kat bank Rakyat or Agro Bank

kelemahan:

1) branch die agak jauh cket... lau area KL paling dekat pn kat bandar sunway.

Anyway.... setiap pembelian anda akan disertakan dengan sijil sekali. kire mcm surat beranak emas tersebut la... jgn hilangkn sijil tu sbb nt anda akn dikenakan charge rm10.

berikut adalah contoh sijil bagi setiap emas yg anda beli:


Ujian berat dan ketulenan.

sekiranya anda hendak memastikan ketulenan emas, anda boleh pegi kat mane2 tempat yg ade precious metal tester ( selalunye kat arrahnu ade ).



Untuk timbang berat, ini keputusannya:


so.. ape lg, pasanglah niat utk beli..:) insyaAllah nilai wang anda dapat diselamatkan. sekiranya anda ingin tahu apakah harge emas semasa bg publicgold, anda boleh gi www.publicgold.com.my & www.publicdinar.com. anda juga boleh nmpak harge2 ni ade kat tepi belah kanan blog sy nih..

alrite smpai jumpe lg..:)

Harga Emas

Friday, November 20, 2009

Harga Emas Harian



Ini adalah kompilasi harga-harga emas di Malaysia dan Dunia.


1. Harga Harian Syiling Kijang Emas


2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)


3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)



4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)


5. Harga Dinar Emas Kelantan


6. Harga Emas UOB Bank Gold Products


7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)


8. Harga Emas dunia (spot gold)


9. Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram



>Harga Harian Emas Maybank Gold Saving

Buat Loan Beli Emas.. Untung ke?


Antara soalan-soalan cepu emas yang selalu torang fikirkan ialah ialah:

Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?

So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini :)

Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”

Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.

Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00

Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.

Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)

.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah
RM1244.00

Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz :)


Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!

Anda untung 51.88% :)

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).

Berapa untungnyer? Jom kira…

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping =
RM25,664.00!!

.

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan
120%)


Andai kata masih taknak jual lagi dan anda simpan hingga kehari ini (20/11/2009)

(bermakna sudah 7 tahun dari anda mula membeli emas tersebut)

Harga satu unit kijang emas pada 20/11/2009 =RM4037.00

8 unit kijang emas = RM 32,296.00 !!

Pergh....... bermakna untung bersih anda telah RM 22,344.00 !!

Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas :)
Jangan pinjam along dah ler…

Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar, tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan. Ini adalah panduan semata-mata. Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda. Saya cuma berkongsi ilmu...

JADI PENYIMPAN EMAS ATAU WANG?

Thursday, November 19, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

macam2 yang kite dengar sejak kebelakangan ni... bencana sana sana, bencana kat sini... gempa bumi lg... alhamdulillah negara kita masih Allah selamatkan buat mase ni.

Tapi andai kata Allah uji kita dengan dugaan yang hebat macamtu.. nauzubillah. Hanya Dia yg berhak menentukan segala2nya.Hanya mereka yang bersedia yang akan selamat InsyaAllah.

Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.

Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Gold dust
Emas – di dalam bentuk debu pun ia tetap berharga

Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..

Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang



cara membuat keuntungan

Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

So sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat

kebiasaanya org akan bertanya soalan seperti berikut”

“sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang akan berikan ialah:

“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”

Apakah rahsia di sebalik jawapan ini? Kenapa kalau emas GIA kita suruh hold dulu dan tunggu harga murah?

Tapi kalau nak beli emas fizikal kita suruh beli ajer?

Jawapannya.

Emas fizikal nie banyak keistimewaannya.

Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.


Emas fizikal adalah pilihan yang lebih baik berbanding akaun simpanan emas.

Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung.

Sebab boleh pajak.

GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

p/s :GIA adalah sejenis pelaburan emas yg dianjurkan oleh public bank. Pelaburan jenis ini adalah untuk mereka yg inginkn keuntungan emas dengan kenaikan harge emas... bile emas da naik, pelabur blh menjual semula nilai emas tersebut( tp emas bkn pd simpanan pelabur). untuk melihat harge GIA blh check kat dlm blog ni (kat harga emas)

Pajak memang sah tak boleh.

Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.

Bagaimana caranya? Meh sini saya nak ajar….

Membuat keuntungan dengan emas fizikal.

Sekarang saya ingin berkongsi 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal then pajak lagi..

Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.

Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.

Kalau harga naik banyak, makin banyaklah untung kita


Carta 1: Kenaikan harga emas daripada 2/12/2008 ke 20/2/2009
(USD741 kepada USD1005.50) bersamaan 26% dalam hampir 3 bulan.


Carta 2: Kenaikan harga emas daripada 6/4/2009 ke 3/6/2009
(USD864 kepada USD989.45) bersamaan 12.58% dalam masa 2 bulan.

Huraian teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (baca sini)
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas

Emas yang sesuai digunakan untuk teknik ini ialah emas fizikal seperti barang kemas, gold bar dan gold coin.

Huraian teknik 2. Pajak emas dan beli lebih banyak emas

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli
untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda
8. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas

Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah.

Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1.

Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu.

apa-apa yang anda buat mestilah berpandukan ilmu... so tips di atas boleh anda gunakan untuk mendapatkan keuntungan dari emas yg anda beli...

so ape tggu lagi... beli la emas, mmg x rugi pn.. don worry.InsyaAllah.....

p/s ; untuk pembelian gold bar atau dinar emas blh call sy aswan 0197752534.

slamat menceburi perniagaan emas anda sendiri:)

KENAPA KITA KENA BELI EMAS??

Pastikan anda mempunyai simpanan emas


Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia.

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Untuk mengetahui bagaimana mendapatkan keuntungan dengan pembelian/pelaburan emas, maka saya cadangkan agar anda membaca semua artikel yang terdapat dalam blog ini.


2. Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 - harganya ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:

Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)

Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!

Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 - 28% setahun)

3. Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan :)

Kenali dinar emas

Wednesday, November 18, 2009

Apakah Itu Dinar?

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Sejarah Dinar Emas

Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi.

Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III.
Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.

Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:"7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)".

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD - 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan.

Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia - dinar.



Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.

Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.

Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.

Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:
‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’

Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang.

Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.
Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat "Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran.

Sumber:

1. http://www.islamic-awareness.org/History/Islam/Coins/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_gold_dinar
3. http://www.321gold.com/info/gold_dinar.html
4. http://zakat.wordpress.com/history-of-the-gold-dinar/
5. http://www.coinlink.com/News/world-coins/dinar-coins-of-the-ancient-world/

Penggunaan Dinar Emas

Dinar boleh digunakan sebagai:

1. Penyimpan kekayaan
2. Untuk membayar zakat
3. Untuk membayar mas kahwin
4. Sebagai hadiah
5. Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli.


Dinar sebagai penyimpan kekayaan.

Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas.
Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai.
Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.




Untuk membayar zakat.

Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.

Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil "ain". Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil "dayn".

Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori 'ain' manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori 'dayn'.

Wang kertas dipanggil 'fulus' kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.

Sumber:
1. http://www.mezquitadegranada.com/zakat/index.html




Untuk membayar mas kahwin.

Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.

Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=et_02.htm&arc=hive&arc=hive




Dinar sebagai hadiah.

Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.


Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli.
Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.

Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 4o tahun (1970 sehingga sekarang)

Sumber:
1. http://www.the-privateer.com/gold1.html
2. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_money
3. http://www.onlygold.com/tutorialpages/HistoryFS.htm