Produk emas dari Public gold

Tuesday, November 24, 2009

Disini saya sertakan gambaran emas fizikal yg anda boleh beli dari Public Gold... Ia memang sesuai klau anda nk simpan bg tujuan pelaburan.. anda dibenarkan untuk melihat puas2 gambar tersebut... tiada charge dikenakan..:)

sekiranya anda teruja dengan emas dibawah ni, boleh le call sy aswan kat 019-7752534.. insyaAllah sy akn bekalkan. Lepas beli mesti anda rase puas.. cayela ckp saye..

p/s : Tiada istilah menyesal dlm pembelian emas fizikal... sbb anda xkn dengar dari mulut org lain mengatakan bahawa die menyesal sbb beli emas. kan??

Gold Bar 20 Gram (999 / 24K)


Gold Bar 50 Gram (999 / 24K)


Gold Bar 100 Gram (999 / 24K)


Coin 1 dinar (916 / 22K)


Coin 5 dinar (916 / 22K)



Coin 10 dinar (916 / 22K)


best kan ble tgk emas ni.. lg best klau anda sndiri yg ade benda ni. Tapi lg best ble anda akn tengok harge emas yg anda beli tu akan naik harganya.. ( hehe.. mcm sy wktu mule2 beli dulu la..)

Antara kebaian emas dari publicgold ni ialah:

Kebaikan:

1. Harga emas fizikal yang dijual adalah sangat kompetitif
2. Emas 24K, 999.9 dan Kualiti yang cantik.
3. Harga belian balik yang menarik ( cuma 5% dari harga emas semasa)
4. Boleh beli emas pakai kad kredit (tambah 3% dari nilai belian)
5. Laman web syarikat yang informatif tentang emas.
6. Emas nie emas fizikal, so boleh gi pajak kat bank Rakyat or Agro Bank

kelemahan:

1) branch die agak jauh cket... lau area KL paling dekat pn kat bandar sunway.

Anyway.... setiap pembelian anda akan disertakan dengan sijil sekali. kire mcm surat beranak emas tersebut la... jgn hilangkn sijil tu sbb nt anda akn dikenakan charge rm10.

berikut adalah contoh sijil bagi setiap emas yg anda beli:


Ujian berat dan ketulenan.

sekiranya anda hendak memastikan ketulenan emas, anda boleh pegi kat mane2 tempat yg ade precious metal tester ( selalunye kat arrahnu ade ).



Untuk timbang berat, ini keputusannya:


so.. ape lg, pasanglah niat utk beli..:) insyaAllah nilai wang anda dapat diselamatkan. sekiranya anda ingin tahu apakah harge emas semasa bg publicgold, anda boleh gi www.publicgold.com.my & www.publicdinar.com. anda juga boleh nmpak harge2 ni ade kat tepi belah kanan blog sy nih..

alrite smpai jumpe lg..:)

Harga Emas

Friday, November 20, 2009

Harga Emas Harian



Ini adalah kompilasi harga-harga emas di Malaysia dan Dunia.


1. Harga Harian Syiling Kijang Emas


2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA)


3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold)



4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar)


5. Harga Dinar Emas Kelantan


6. Harga Emas UOB Bank Gold Products


7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM)


8. Harga Emas dunia (spot gold)


9. Harga Emas dunia (spot gold) dalam RM/gram



>Harga Harian Emas Maybank Gold Saving

Buat Loan Beli Emas.. Untung ke?


Antara soalan-soalan cepu emas yang selalu torang fikirkan ialah ialah:

Saya berminat nak membeli emas, tapi sekarang modal tak der lagi.
Cammana kalau saya buat loan bank? ok ke?

So saya akan memberikan jawapannya di dalam posting ini :)

Untuk orang yang nak buat pinjaman bank, ini jer petuanya…

Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya
Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin.

Mudah kan?

Sebelum anda buat pinjaman bank, cuba buat kira-kira sket, tanya diri sendiri.
“Adakah aku akan bertambah kaya dengan loan nie? Atau bertambah beban nak bayar installment bulanan?”

Selepas itu baru anda akan sedar bahawa pinjaman ini baik untuk kesihatan kewangan anda atau sebaliknya.

Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas. Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10,000 selama 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sampai April 2007.

Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13,620.00

Bank akan dapat untung sebanyak RM3620.00 (bersamaan 36.30%) selepas 5 tahun.

Katakan dengan loan RM10,000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002)

.
Harga Kijang Emas 1 Oz ketika itu ialah
RM1244.00

Jadi anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz :)


Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu telah naik menjadi RM2351.00 (2/4/2007).

Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351.00 x 8 = RM18,808!

Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00!

Anda untung 51.88% :)

Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008).

Berapa untungnyer? Jom kira…

Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit
Jadi RM3208.00 x 8 keping =
RM25,664.00!!

.

Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!!
dalam masa 6 tahun (bersamaan
120%)


Andai kata masih taknak jual lagi dan anda simpan hingga kehari ini (20/11/2009)

(bermakna sudah 7 tahun dari anda mula membeli emas tersebut)

Harga satu unit kijang emas pada 20/11/2009 =RM4037.00

8 unit kijang emas = RM 32,296.00 !!

Pergh....... bermakna untung bersih anda telah RM 22,344.00 !!

Kesimpulannya…

Saya dapat simpulkan bahawa pinjaman bank yang digunakan untuk membeli emas mampu memberikan pulangan yang menarik. So, betullah orang tua-tua cakap. Beli emas nie tak rugi…

Ok, apa tunggu lagi… buat loan bank dan beli emas :)
Jangan pinjam along dah ler…

Disclaimer: Walaupun data yang saya gunakan disini adalah data sebenar, tapi saya tak dapat menjamin kenaikan harga emas pada masa hadapan. Ini adalah panduan semata-mata. Kalau anda nak buat loan, terpulanglah pada anda. Saya cuma berkongsi ilmu...

JADI PENYIMPAN EMAS ATAU WANG?

Thursday, November 19, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua pembaca sekalian? Saya doakan agar anda semua sihat, ceria dan bahagia hendaknya.

macam2 yang kite dengar sejak kebelakangan ni... bencana sana sana, bencana kat sini... gempa bumi lg... alhamdulillah negara kita masih Allah selamatkan buat mase ni.

Tapi andai kata Allah uji kita dengan dugaan yang hebat macamtu.. nauzubillah. Hanya Dia yg berhak menentukan segala2nya.Hanya mereka yang bersedia yang akan selamat InsyaAllah.

Emas = penyimpan nilai @ kekayaan terunggul.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, salah satu kelebihan emas ialah ianya dipilih manusia sebagai penyimpan nilai @ kekayaan.

Ini kerana emas memiliki ciri-ciri istimewa yang tidak terdapat pada unsur-unsur lain seperti:

1. Cantik pada pandangan mata
2. Mudah dibahagikan tanpa menjejaskan nilainya
3. Tidak boleh dibinasakan
4. Sukar diperolehi

Dengan ciri-ciri yang unik ini emas dianggap berharga dan mendapat tempat di hati manusia.

Hatta di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga.

Gold dust
Emas – di dalam bentuk debu pun ia tetap berharga

Dengan kata lain, manusia tahu bahawa emas ini tetap akan berharga dan tidak akan susut nilainya.. makin naik ada la…..

Sebagai penyimpan nilai yang unggul, emas berupaya mengekalkan nilai dalam jangkamasa panjang



cara membuat keuntungan

Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

So sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat

kebiasaanya org akan bertanya soalan seperti berikut”

“sesuai ker saya beli emas sekarang nie?
Nampak harga emas tengah mahal nie?”
(soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

Jawapan standard yang akan berikan ialah:

“Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu”

Apakah rahsia di sebalik jawapan ini? Kenapa kalau emas GIA kita suruh hold dulu dan tunggu harga murah?

Tapi kalau nak beli emas fizikal kita suruh beli ajer?

Jawapannya.

Emas fizikal nie banyak keistimewaannya.

Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.


Emas fizikal adalah pilihan yang lebih baik berbanding akaun simpanan emas.

Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung.

Sebab boleh pajak.

GIA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

p/s :GIA adalah sejenis pelaburan emas yg dianjurkan oleh public bank. Pelaburan jenis ini adalah untuk mereka yg inginkn keuntungan emas dengan kenaikan harge emas... bile emas da naik, pelabur blh menjual semula nilai emas tersebut( tp emas bkn pd simpanan pelabur). untuk melihat harge GIA blh check kat dlm blog ni (kat harga emas)

Pajak memang sah tak boleh.

Tapi emas fizikal nie… beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.

Bagaimana caranya? Meh sini saya nak ajar….

Membuat keuntungan dengan emas fizikal.

Sekarang saya ingin berkongsi 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.

Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal then pajak lagi..

Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.

Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda.
Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.

Kalau harga naik banyak, makin banyaklah untung kita


Carta 1: Kenaikan harga emas daripada 2/12/2008 ke 20/2/2009
(USD741 kepada USD1005.50) bersamaan 26% dalam hampir 3 bulan.


Carta 2: Kenaikan harga emas daripada 6/4/2009 ke 3/6/2009
(USD864 kepada USD989.45) bersamaan 12.58% dalam masa 2 bulan.

Huraian teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (baca sini)
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
4. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas

Emas yang sesuai digunakan untuk teknik ini ialah emas fizikal seperti barang kemas, gold bar dan gold coin.

Huraian teknik 2. Pajak emas dan beli lebih banyak emas

1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, lelong emas fizikal tersebut, kasi diskaun sedikit kat pembeli
untuk menghabiskan cepat stok pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu
7. Kira keuntungan anda
8. Belanja kawan-kawan dan cerita kat diorang pasal emas

Emas yang sesuai dibeli hasil pajakan ini ialah gold bar Public Gold dan syiling Kijang Emas. Ini kerana kedua-dua jenis emas ini mudah dijual balik serta mempunyai spread yang rendah.

Untuk teknik ini, anda boleh dapat keuntungan yang lebih besar daripada teknik 1.

Tapi risiko adalah lebih besar sedikit. In case harga tak naik seperti yang dijangka, maka kita kena tanggung upah simpan kat Ar-Rahnu.

apa-apa yang anda buat mestilah berpandukan ilmu... so tips di atas boleh anda gunakan untuk mendapatkan keuntungan dari emas yg anda beli...

so ape tggu lagi... beli la emas, mmg x rugi pn.. don worry.InsyaAllah.....

p/s ; untuk pembelian gold bar atau dinar emas blh call sy aswan 0197752534.

slamat menceburi perniagaan emas anda sendiri:)

KENAPA KITA KENA BELI EMAS??

Pastikan anda mempunyai simpanan emas


Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia.

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Untuk mengetahui bagaimana mendapatkan keuntungan dengan pembelian/pelaburan emas, maka saya cadangkan agar anda membaca semua artikel yang terdapat dalam blog ini.


2. Mengapa anda perlu membeli emas?

Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.

Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 - harganya ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

Harga Emas dunia 10 tahun

Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:

Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)

Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!

Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 - 28% setahun)

3. Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank
5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
6. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan :)

Kenali dinar emas

Wednesday, November 18, 2009

Apakah Itu Dinar?

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.

Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.

Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’

Sejarah Dinar Emas

Pada awalnya umat Islam menggunakan dinar emas dan dirham perak yang dibuat oleh orang Parsi.

Siling pertama yang boleh dikaitkan dengan orang-orang Islam telah ditempa pada zaman Khalifah Uthman Radiallahu anhu. Syiling ini ditiru daripada dirham Sasanian Yezdigird III.
Perbezaan yang terdapat pada syiling ini ialah terdapatnya inskripsi Arab ‘Dengan Nama Allah’. Setelah itu, inskripsi ‘Dengan Nama Allah’dan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran telah menjadi tradisi ke atas dinar dan dirham yang dibuat oleh orang-orang Islam.

Ketika zaman Khalifah Umar Al-Khattab, beliau telah menetapkan standard bagi dinar emas seperti berikut:"7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)".

Di bawah pemerintahan Khalifah Abdul malik ibn Marwan (646AD - 705AD), beliau telah menyeragamkan penggunaan dinar dan dirham. Ketika itu, empayar Islam sangat luas meliputi kawasan Barat daripada Afrika Utara sehingga ke Sepanyol dan jauh ke bahagian Timur sehingga Pakistan.

Ketika kerajaan Anglo-Saxon England masih kekurangan dari segi penulisan, khalifah Abdul Malik telah pun mencipta mata wang yang seragam yang pertama di dunia - dinar.



Walaupun dinar dan dirham yang baru ini menyerupai berat dan bentuk syiling lama yang digantikan namun rupa bentuknya adalah satu revolusi. Pada 697AD, Khalifah Abdul Malik telah membuang gambar raja dan lambang-lambang binatang dan kota pada dinar dan dirham. Ia kini dihiasi dengan kalimah daripada ayat-ayat suci Al-Quran.

Khalifah Abdul Malik kemudiannya mengisytiharkan bahawa wang inilah yang akan digunakan di seluruh empayar Islam. Sesiapa yang tidak menyerahkan syiling lama mereka untuk ditempa semula kepada dinar berbentuk baru akan dikenakan hukuman mati.

Ini adalah kali pertama di mana sebuah negara mempunyai sistem yang begitu jitu dan stabil. Dinar emas ini telah dihasilkan oleh sejauh Sepanyol, Tunisia, Azerbaijan sehingga ke Pakistan. Ini memberikan kelebihan yang ketara kepada pemerintah kerana ia membolehkan sistem cukai diseragamkan di seluruh wilayah Islam.

Dinar dan dirham yang dikeluarkan ini juga merupakan yang pertama dilabelkan tahun pengeluarannya - praktis yang tidak digunakan secara meluas sehinggalah kurun ke 15.

Inskripsi pada dinar dan dirham Abdul malik menyebut:
‘Tiada Tuhan Melainkan Allah; Muhammad itu Pesuruh Allah’

Dinar dan dirham menjadi mata wang rasmi kerajaan Islam sehinggalah kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah. Selepas itu, penggunaan wang kertas telah mengambil alih dinar dan dirham sehinggalah sekarang.

Namun, sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa wang kertas menjadi alat untuk merampas kekayaan umat Islam dan ianya selalu gagal.
Di dalam undang-undang Islam, penggunaan wang kertas yang bersifat "Surat janji hutang" tidak boleh digunakan sebagai media pertukaran.

Sumber:

1. http://www.islamic-awareness.org/History/Islam/Coins/
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Islamic_gold_dinar
3. http://www.321gold.com/info/gold_dinar.html
4. http://zakat.wordpress.com/history-of-the-gold-dinar/
5. http://www.coinlink.com/News/world-coins/dinar-coins-of-the-ancient-world/

Penggunaan Dinar Emas

Dinar boleh digunakan sebagai:

1. Penyimpan kekayaan
2. Untuk membayar zakat
3. Untuk membayar mas kahwin
4. Sebagai hadiah
5. Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli.


Dinar sebagai penyimpan kekayaan.

Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas.
Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai.
Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.




Untuk membayar zakat.

Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.

Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil "ain". Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil "dayn".

Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori 'ain' manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori 'dayn'.

Wang kertas dipanggil 'fulus' kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.

Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.

Sumber:
1. http://www.mezquitadegranada.com/zakat/index.html




Untuk membayar mas kahwin.

Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.

Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=et_02.htm&arc=hive&arc=hive




Dinar sebagai hadiah.

Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.


Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli.
Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.

Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 4o tahun (1970 sehingga sekarang)

Sumber:
1. http://www.the-privateer.com/gold1.html
2. http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_money
3. http://www.onlygold.com/tutorialpages/HistoryFS.htm

Emas dan Wanita

Saturday, October 10, 2009

Emas & Wanita




TIADA sebarang kenyataan rasmi mengenai emas yang perlu dikaitkan dengan wanita, namun masyarakat sejak dulu memperakui emas adalah barang paling akrab dengan golongan hawa itu kerana tanpa secalit kilauan emas pada wanita, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna.

Bahkan, pepatah hanya jauhari mengenal manikam wajar ditujukan kepada wanita kerana lazimnya mereka arif mengenai ‘kelas’ barang kemas terutama jika dinilai dari sudut pertukangan, potongan batu dan nilai batu yang digunakan sama ada serasi atau tidak dengan mereka.



Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kerlipan emas mampu menaikkan seri wanita, melonjakkan nilai kewanitaan pemakai dan meletakkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin.

Hakikatnya, kerlipan emas dikatakan menjadi tarikan sejak beribu tahun dulu, malah ketika itu barang kemas yang diperbuat daripada emas bukan saja menghiasi wanita, bahkan lelaki. Lebih banyak seseorang itu memakai barang kemas, lebih tinggi darjatnya di kalangan masyarakat.

Begitu pun, kedatangan Islam menetapkan bahawa lelaki tidak dibenarkan memakai emas menyebabkan kegunaannya lebih cenderung untuk wanita dan kekal ke hari ini.



Antara mitos popular membabitkan emas, bandar purba di lembah Amazon, Brazil yang dikatakan diperbuat sepenuhnya daripada emas dan diketuai wanita. Walaupun sehingga kini tiada siapa dapat mengesahkan cerita itu, bandar mistik berkenaan popular hingga ke hari ini dan menjadi buruan penjarah harta karun kerana tiada siapa tahu lokasi sebenarnya.

Selain itu, kaum Inca di Peru yang dikatakan rakyatnya disaluti emas turut menjadikan emas sebagai barang keperluan sehinggakan ada cerita yang mengatakan masih banyak lagi harta karun masyarakat yang sudah pupus daripada bumi itu, tersembunyi.

Zaman silih berganti, apabila konsep perdagangan diperkenalkan, emas menjadi antara mata wang utama masyarakat ketika itu untuk berdagang kerana keunikannya. Hari ini, emas masih lagi kekal diminati masyarakat dan di Malaysia, wanita Kelantan antara golongan yang dikatakan pencinta barang kemas itu.



Kecenderungan itu dilihat apabila kebanyakan wanita di negeri Cik Siti Wan Kembang menyuburkan budaya pemakaian barang kemas diperbuat daripada emas sehingga ada yang berjenaka ‘tangan dan leher wanita Kelantan sentiasa disaluti perhiasan emas’ bagi menggambarkan minat mereka.


Sebenarnya bukan saja wanita di Kelantan, sebaliknya wanita Pulau Pinang juga antara pencinta emas. Bukan seurat dua, bahkan penuh di leher dan tangan dihiasi gelang besar atau rantai emas panjang bersaiz besar.

Bagi mereka yang meminati emas, pembelian barang kemas tidak dianggap suatu pembaziran sebaliknya pelaburan kerana jika keadaan terdesak, barang kemas berkenaan boleh dijual balik terutama ketika harga emas meningkat.

Tetapi adakah anda sedar kandungan emas yg semakin kurang di dalam bumi kita? manakala ia juga sukar didapati dan terpaksa melalui proses-proses yg sangat sukar menyebabkan ia menjadi begitu bernilai.

Seperti yg kita tahu wanita adalah pengemar emas dan peningkatan permintaan daripada golongan hawa ini memberikn kesan pada harga emas itu sendiri.

Terlintas ke di fikran kita bahawa jumlah golongan wanita yg semakin meningkat di bumi kita saban hari? Hadith Rasululullah S.A.w berikut adalah sebagai bukti yg sangat kukuh:


SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN

Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."



H.R. Bukhari Muslim



Keterangan

Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.

Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.

Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.



so,klau kte fikir btul2.. perempuan makin lame makin ramai, emas plak makin siket yg kte blh kluarkn dri prut bumi kte ni.. jadi tidakhairanlah nilai emas akn makin tinggi nilainya..

so, simpanlah emas kerana banyak kelebihannya lebih2 lg zaman skrg ni... keadaan yg memerlukn kte agar lebih bersedia..

INFO:

Keunikan emas:


Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan.

Emas juga sering digunakan dalam persolekan dan rawatan wajah. Ada salun spa memperkenalkan rawatan wajah berteraskan emas kepada pelanggan yang ingin menaikkan seri wajah.

Pada zaman Firaun, segala harta benda termasuklah emas akan dikebumikan bersama tuan punya hak milik kerana emas dianggap sebagai barang berharga yang wajar dibawa bersama oleh pemiliknya.

Lantaran kuasa emas, ada individu yang taksub dengan kecantikan wajah memasukkan susuk diperbuat daripada emas pada wajah mereka walaupun hal ini diharamkan dalam Islam.

Terdapat pelbagai panggilan untuk emas antaranya emas paun, emas kuning, emas merah dan emas putih yang setiap jenis mempunyai nilai berbeza.

Emas 916 sesuai digandingkan dengan batu permata seperti kecubung, delima, zamrud dan nilam, tapi tidak boleh digandingkan dengan berlian kerana ia menenggelamkan seri dan kilau berlian yang bersifat karbon itu.

InsyaAllah anda tetap akan untung dengan emas

Friday, September 11, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar pembaca sekalian? Saya berharap anda sihat walafiat.

baiklah, untuk posting kali ini kita akan melihat peranan emas di dalam 2 situasi yang berbeza.

Yang pertama, ketika keadaan aman, seperti di Malaysia dan kedua ketika krisis ekonomi dan politik, seperti yang sedang berlaku di negara Zimbabwe.

Peranan emas ketika negara aman dan makmur.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)
2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.
4. Hantaran kahwin

Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran – atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah – kertas! tak ada nilai.

Contoh yang paling mudah ialah apa yang berlaku di Negara Zimbabwe.

Ketika ini keadaan ekonomi dan politik Zimbabwe adalah tidak menentu. Kadar inflasi di Zimbabwe mencecah 5 sextillion peratus (ada 21 biji kosong)

huge-inflation
5 ,000,000,000,000,000,000,000% inflasi. Pergh… teruk giler…

100-billion-dollar
Wang 100 billion Zimbabwean Dollar cuma boleh membeli 3 biji telur.

Pada tahun 1980, Zimbabwean Dollar mempunyai nilai yang lebih tinggi daripada USD, tetapi kerana pemerintah yang sesuka hati mencetak wang kertas, maka nilai wang negara Zimbabwe telah kehilangan nilainya (baca kat sini)

carry-money
Wang kertas Zimbabwe tak laku…

Kehidupan rakyat Zimbabwe.

Saudara saudari sekalian, dengan keadaan politik dan ekonomi yang tidak stabil kehidupan mereka sangat sukar. Wang kertas tidak ada nilai.

Jadi, bagaimana mereka meneruskan kehidupan? Apa yang mereka gunakan sebagai duit?

Jawapannya. Emas.

Untuk meneruskan kehidupan rakyat Zimbabwe terpaksa mendulang emas. Ini kerana emas diterima sebagai wang.

Anda mesti lihat video kat bawah nie… wajib tengok…

Kat sana, emas nie menentukan hidup atau mati. Kalau tak ada emas, maka tak boleh beli makanan – anda akan mati kebuluran.

Roti, bijirin, minyak masak dan berbagai barangan keperluan dibeli menggunakan emas.

gold-for-bread
Nak beli roti nie? bayar dengan 0.1 gram emas

dont-remember
Wang kertas tak laku pun..

everything-they-want-gold
Segala keperluan dibeli menggunakan emas

without-03g-gold-you-wont-survive
Di Zimbabwe, tanpa emas anda tak boleh hidup.

because-hunger
Mereka mendulang emas untuk meneruskan kehidupan

starving
Rakyat Zimbabwe yang kelaparan… 3 hari tak makan

fighting-for-life1
Emas adalah penyambung kehidupan.

Kesimpulannya.

Walau apa jua keadaan ekonomi dan politik, orang yang menyimpan emas tetap akan untung. Bagi kita rakyat Malaysia, kita amat bertuah kerana negara kita aman, stabil dan makmur. Jadi kalau kita simpan emas ianya lebih kepada menyimpan kekayaan dan membuat pelaburan.

Kita tetap untung.

Dalam situasi yang politik dan ekonomi yang tidak stabil, emas akan menjadi penyelamat nyawa kita dan keluarga kita. Inilah yang akan menjadi wang nanti.

Jadi, dengan harga emas yang turun sekarang nie anda dah boleh beli emas. So apa tunggu lagi, mulakan simpanan emas anda sekarang! Jika berminat membeli emas Public Gold, call saye ke... okay smpai jumpe lg.. aslkum!

EMAS ATAU WANG....

Saturday, June 6, 2009

Ingat lagi masa saya nak beli cincin tunang dengan akak masa awal tahun ni.... memang memenatkan, cari sana, cari sini.. memang banyak pilihan, tapi maklumlah kena beli yang cantik lepas tu mestila harga yang berpatutan..(maklumlah ekonomi gawat ) puas jalan kat KL ni...

Tapi entah kenapa xde yang berkenan.. apa nak buat.. mesti nak kena cari yang ada batu kat cincin tu.. (akak cakap nak buat bertunang mesti kena ade batu, baru cantik ) akhirnya akak bawa saya ke satu tempat di N9....

Sempat jgak berbual dengan salesman kat situ, satu persatu die tunjuk saya bentuk cincin.. saya ingat lg dia kata... "abg, u kalau nak beli cincin untuk u punye tunang, mahal pun takpe... itu tunang u punya jugak maaa......" terpengaruh jugak saya dgn salesman tu sebab ada juga yang betulnya... tp cincin tu harga rm700.. tapi cantik:).

Tiba2 saya terpikir.. "Kenapa lah aku x beli emas dulu masa aku dapat PTPTN..... seingat aku, aku beli kasut, handphone (3 kali tukar),bikin motosikal.... fuhhh.... tu blum masuk tgok wayang,jalan-jalan,belanja awek..."... argghh.. seingat saya mase tu tahun 2002. Harga Kijang Emas 1 Oz (31.1gram) ketika 07/05/2002 ialah RM1244.00.. tak macam Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00.Mak oi........ belum cerita harga emas tahun 2009 lg tuh. Kalau tak senang2 je aku nak beli emas waktu skrg nih.

Disebabkan kesedaran itulah saya mula belajar siket2 pasal emas... sampai btul2 jatuh hati unuk simpan emas dan join dalam pelaburan emas ni.

Tapi pelik pada kite ni ialah, kita suka pada emas, semua orang suka... tapi untuk simpan emas ni memang ramai yang x berapa suke,. macam2 dia fikir, mahal lah, susah simpanlah, kena zakat lah(subhanallah), tak pandai pasal emas lah..

Tapi ibu,akak,adik,kawan2 kite tetap suka pada emas. Kita lebih rela beli emas pada waktu mahal padahal kita jauh lebih mampu untuk beli pada waktu emas tu murah.. pelik kan:)

Saya bagi satu contoh, kalau saya letakkan satu beg yang berisi wang RM500,000 dan disebelahnya pula tongkol emas yang mana harganya sama dengan harga wang tersebut pada ketika itu.. agak2 mana orang akan pilih..??? satu pilihan yang agak sukar bagi seseorang itu membuat pilihan kan... Tapi pada saya, satu pilihan yang sangat mudah sebab dengan selambenye saya akan memilih emas...

sebab ape???

SEBABNYA....

Sebelum anda memilih dan menyimpan wang, ada baiknya kita berkongsi maklumat tentang rahsia wang. Hehehehe… wang pun ada rahsianya… anda tau tak?

Kalau anda dah mengenali wang yang sebenarnya.. sudah pasti anda akan jatuh cinta dengannya  

Well, artikel kali ini menyentuh tentang wang,
kalau dalam bahasa Inggerisnya = Money
Rakyat Malaysia dan Wang.

Bagi rakyat Malaysia, bila bercakap tentang wang, maka di dalam minda kita akan terbayang wang kertas Ringgit Malaysia (RM).

Betul tak?

maklumlah.. celik-celik mata ajer… wang kertas inilah yang kita gunakan hari-hari.
Kita sangkakan inilah wang yang sebenarnya… hmmm… betul ker?


Ringgit Malaysia - wang kertas kita

Tahukah anda, bila anda memahami tentang wang dan fungsi-fungsi wang, anda akan teperanjat!

Anda akan tahu apakah itu wang yang sebenarnya.

Adakah wang kertas yang kita gunakan merupakan wang yang benar-benar berfungsi sebagai wang?
Fungsi-Fungsi Wang.

Wang mempunyai 4 fungsi yang utama:

1. Sebagai unit nilai:
  Wang perlu berfungsi sebagai pengukur nilai bagi barangan dan perkhidmatan.
  Contohnya, kesemua barangan dan perkhidmatan di Malaysia dijual di dalam
  Ringgit Malaysia (RM). Unit nilai bagi negara kita ialah ringgit dan sen.

2. Media Pertukaran:
  Wang perlu berfungsi sebagai media pertukaran. Ia membolehkan kita menukarnya
  dengan barangan dan perkhidmatan yang diperlukan. 
  Contoh, jika anda hendak ke pasar malam dan anda hendak membeli 10 barangan,
  anda cuma perlu membawa Ringgit Malaysia yang mencukupi.
  Anda tahu semua peniaga pasar malam menerima RM sebagai media pertukaran
  dengan barangan yang mereka jual.

3. Sebagai Piawai Bayaran Tertunda:
  Wang perlu memainkan berfungsi sebagai piawai bayaran tertunda.
  Ini membolehkan urusniaga secara kredit atau bayaran tertunda dilakukan.
  Contohnya, jika anda membuat pinjaman bank dengan kadar keuntungan sekian %,
  maka jumlah pembayaran pada masa hadapan boleh dikira dengan mudah.

4. Sebagai penyimpan nilai:
  Wang perlu menjadi penyimpan nilai yang unggul.
  Dengan kata lain kita boleh menyimpan wang dan menggunakannya pada masa
  hadapan/bila diperlukan tanpa perlu risau wang tersebut kehilangan nilainya.
  Sebab itulah benda-benda yang mudah rosak seperti buah-buahan tidak boleh
  menjadi penyimpan nilai yang baik.

Jika wang gagal memenuhi mana-mana fungsi ini, maka wang tersebut bukanlah merupakan wang terbaik.
Wang Fiat Ringgit Malaysia.

Wang kertas RM yang kita gunakan sekarang sebenarnya wang fiat.

Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang bernilai seperti emas dan perak, sebaliknya digunakan kerana arahan pemerintah.

Wang fiat mempunyai kelemahan yang sangat ketara:

1. Tidak mempunyai nilai intrinsik.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir dalam ucapan Hari Raya Aidilfitri 18/1/1999 telah mengakui bahawa wang kertas sebenarnya tidak berharga.

Ini adalah petikan daripada ucapan Tun Dr. Mahathir
11. “Sebenarnya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan

lihatlah pengakuan daripada bekas Perdana Menteri Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh…

2. Wang kertas adalah penyimpan nilai yang lemah.

Satu fungsi utama wang yang gagal dimainkan oleh wang kertas adalah penyimpan nilai yang baik. Dengan kata lain, nilai wang kertas akan menyusut dalam jangka masa yang panjang. Inflasi akan memakan nilai wang anda, menyebabkan nilai wang kertas ditangan anda sekarang tidak akan sama dengan nilainya pada masa hadapan.

Contohnya amat mudah:

Katakan anda menyimpan wang kertas bernilai RM1000 di bawah bantal. 10 tahun akan datang, adakah nilai RM1000 tersebut boleh membeli barangan yang sama seperti sekarang? jawapannya, sudah pasti tak boleh.

Nilai wang kertas RM1000 itu akan menyusut akibat inflasi. Betul tak?

Jadi bagus ke tak bagus menyimpan wang kertas nie?

Memang sah tak bagus  

Cuba bayangkan jika anda menyimpan emas bernilai RM1000 di bawah almari. 10 tahun dari sekarang, apa yang akan terjadi kepada nilai emas berkenaan? Sudah pasti nilainya akan naik.


Harga emas 10 tahun naik dari USD280 kepada USD842

Inilah yang dikatakan penyimpan nilai terunggul, terbaik dan tepat.

Tanpa perlu membuat sebarang pelaburan pun.
Emas sebagai penyimpan nilai terunggul:



Professor Roy W. Jastram, di dalam bukunya yang terkenal “The Golden Constant” yang diterbitkan pada tahun 1977 menyebut “Emas mengekalkan kuasa membeli dalam jangkamasa yang panjang, contohnya setengah abad”.

Di dalam buku tersebut, beliau telah mengkaji peranan emas sebagai pelindung inflasi dan deflasi dalam jangkamasa 400 tahun.
Kesimpulan:

Pembaca sekalian, emas adalah wang yang sebenarnya. Jika anda hendak menyimpan wang, simpanlah dalam bentuk emas.

Sejarah telah membuktikan bahawa emas adalah wang yang terunggul dan tiada bandingannya. Dulu..kini dan selamanya..  

Wang kertas gagal berfungsi sebagai wang. Ia mempunyai kelemahan yang sangat besar kerana tidak mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri. Ia gagal menyimpan nilai untuk jangkamasa panjang dan akan merugikan penyimpannya. Musuh utama wang kertas ialah inflasi yang menghakis nilai wang kertas ini.

Menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas akan memberikan ketenangan jiwa kepada penyimpannya. Kita tidak perlu takut kehilangan nilai dalam jangka masa panjang dan juga kita tidak perlu bergantung kepada pengakuan dan jaminan kerajaan mengenai nilai wang kita.

Jadi mulai hari ini, saya berharap anda semua belajar suatu perkara yang sangat penting

Wang = Emas

Simpan wang = Simpan emas

JANGAN RISAU ANDA TETAP AKAN UNTUNG

Menyimpan Emas Tetap Menguntungkan Anda.

Bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita membeli emas, biasanya ada 4 tujuan:

1. Sebagai penyimpan kekayaan (harga emas stabil/naik dalam jangkamasa panjang)

2. Sebagai pelaburan - untung beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi

3. Sebagai barang kemas sebab nak nampak cantik.

4. Hantaran kahwin


Memandangkan kita berada di dalam keadaan yang sangat aman dan ekonomi yang stabil, tidak pernah terlintas di hati kita bahawa emas adalah penyelamat nyawa, duit ataupun penentu hidup atau mati betul tak?

Peranan emas ketika kegawatan ekonomi dan politik.

Di dalam keadaan kegawatan ekonomi atau politik, emas akan memainkan peranan utama sebagai medium pertukaran atau wang. Ketika itu manusia tidak akan mempercayai wang kertas kerana wang kertas hanyalah - kertas! tak ada nilai.

Peranan emas ketika harga emas menurun

Pada kebiasaannya harga emas turun disebabkan beberapa faktor. Ia merupakan fonomena biasa dan bersifat sementara dan akan kembali melonjak ke aras sepatutnya dengan cepat kerana nilai dan permintaan semasa yang amat tinggi. Sekiranya harga menurun maka peluang pelabur mendapatkan keuntungan adalah berlipat ganda berbanding kenaikan secara berterusan. Permintaan dan nilai logam ini telah pun terbukti sejak beribu tahun dulu lagi.
Posted by Perunding Pelaburan Emas 
Emas Adalah Alternatif Pelaburan Terbaik. 
 

Di antara berita buruk yang berkaitan dengan ekonomi US yang sedang mempengaruhi pasaran-pasaran di seluruh dunia, emas adalah suatu harapan alternatif. Kebolehan emas sebagai penjamin terhadap ketidakpastian dan ketidakstabilan serta sebagai pelindung daripada risiko, menjadikannya suatu aset yang sesuai digunakan dalam keadaan masa yang tidak menentu.

Keadaan masa yang tidak menentu dan ketidakpastian dianggap sebagai tidak baik untuk para pelabur tetapi tidak semestinya bagi komoditi. Dalam tahun yang lalu, harga kebanyakan komoditi di dunia telah meningkat tinggi dan mengakibatkan penambahan kepada kadar inflasi. Emas adalah terbukti sebagai suatu aset yang selamat semasa inflasi. Beberapa pelabur institusi yang terbesar di dunia melabur dalam emas secara besar-besaran.

Kesemua matawang adalah bergantung kepada kestabilan kerajaan. Ingat kembali kepada masa keruntuhan matawang Jepun serta German selepas perang dunia kedua dan juga matawang Iraq selepas pengambilan kuasa semula daripada Saddam Hussein. Apabila sesuatu kerajaan runtuh, matawangnya akan menjadi tidak bernilai. Hanya emas merupakan suatu bentuk wang yang sebenar.

Bank-bank pusat kerajaan menghasilkan wang tanpa sesuatu dengan cara mencetak lebih banyak duit kertas. Dalam krisis kewangan dunia 2008, kerajaan-kerajaan utama di seluruh dunia mengepam beratus-ratus bilion USD ke dalam sistem kewangan. Di Amerika Syarikat, presiden Bush menggelar kegiatan ini sebagai pakej stimulus ekonomi. Tetapi, dari manakah datangnya wang tersebut? Bukan dari mana-mana.

Mereka cuma menghasilkan lebih banyak wang dan perbuatan ini menyebabkan penimbulan inflasi sebagai suatu kesan sampingan. Apabila manusia mula cemas terhadap matawang yang kurang bernilai oleh kerana inflasi, ia menjadi sebab utama bagi mereka untuk kembali semula kepada emas, terutamanya dalam keadaan masa yang tidak menentu.

Di antara tahun 2001 dan tahun 2007, apabila harga saham naik sebanyak 19%, harga emas pula naik sebanyak 204%.

Dalam tahun 2008, apabila harga saham turun sebanyak13%,harga emas pula naik sebanyak 23%.

Di antara tahun 2002 dan tahun 2008, apabila matawang USD mengalami kerugian sebanyak 27%, harga emas pula naik sebanyak 271%.

Nilai matawang USD telah merosot secara ternyata pada masa kini. Ini mengakibatkan dua kesan yang besar terhadap harga emas.

Pertama sekali, kebanyakan emas dilombong luar daripada Amerika Syarikat dan kos perlombongan bukan dikira dalam USD. Jadi, lebih banyak matawang USD perlu dibelanjakan untuk melombong kuantiti emas yang sama dan oleh kerana itu harga emas perlu meningkat.

Kedua, komoditi utama yang lain seperti minyak yang juga dihasilkan luar daripada Amerika Syarikat akan turut meningkat dalam harga. Apabila harga minyak dan makanan meningkat, ia akan mengakibatkan penimbulan inflasi. Dalam situasi ini, inflasi akan menyebabkan orang ramai membeli lebih banyak emas.

Pendek kata, harga emas telah meningkat pada masa yang baik dan juga pada masa yang menyusahkan. Emas juga meningkat pada masa inflasi tidak kira sama ada dalam ekonomi yang baik atau buruk.

Harga Emas Tetap Akan Naik.!!!

Harga emas ditetapkan oleh undang-undang bekalan dan permintaan yang tidak berubah. Apabila permintaan melebihi bekalan, harga mesti meningkat. Bagi emas, permintaan terlalu melampaui bekalan setiap tahun secara konsisten. Kemerosotan nilai wang Amerika turut meningkatkan harga emas.

Pada bulan Mac 2008, emas mencapai harga sebanyak US$1,000 / auns buat masa pertama kali dalam sejarah. Dalam hanya dua setengah bulan yang pertama pada tahun 2008, emas telah meningkat sebanyak 23%. Pada masa yang sama, bursa-bursa saham di seluruh dunia telah mengalami kerugian diantara 10% hingga 35%.

Harga emas biasanya dijanka menaik semasa ekonomi mengalami kemelesetan. Jika emas dibeli pada bulan Januari 2001, maka emas itu akan meningkat sebanyak 274% pada bulan Mac 2008.
Posted by Perunding Pelaburan Emas 
Bekalan Emas Berkurangan 

Hanya 50 – 80 gram emas boleh didapati dalam 1 tan bijih yang dilombong. Menemui serta melombong emas adalah amat sukar, kompleks dan mahal.

Lombong-lombong yang baru dibina, sering kali mengambil masa selama 10 tahun dan berbelanja sebanyak berbilion USD keatas kos infrastruktur sebelum lombong-lombong tersebut mula menjadi sumbangan kepada bekalan. Para pelombong tidak boleh menambah bekalan walaupun harga adalah tinggi.

Penghasilan emas tahunan tidak meningkat sepanjang tempoh masa10 tahun yang lalu dan berjumlah kira-kira 2,500 tan metrik setahun. Sebenarnya ia telah menurun semenjak tahun 2003. Lombong-lombong baru yang sedang dibina akan mengganti penghasilan masa kini tetapi sebaliknya lombong-lombong baru tersebut tidak akan menambah bekalan emas. Berdasarkan kadar penggunaan masa kini, bekalan emas dipercayai mencukupi untuk hanya 27 tahun sahaja. Penggunaan akan bertambah dalam dunia yang canggih.

Bekalan menjadi semakin terhad oleh kerana sejumlah emas dibuang sahaja dan tidak dikitar semula. Berbilion telefon bimbit, komputer dan peralatan elektronik yang digunakan di seluruh dunia akan menjadi teknologi lama dalam hanya beberapa tahun sahaja. Setiap mikrocip mengandungi jumlah emas yang kecil yang sering kali tidak dapat diperolehi semula oleh kerana kos kitar semula tidak membawa faedah.

3 bilion telefon bimbit x US 50 sen dalam emas bagi seunit telefon bimbit = US$1.5 bilion – lebih daripada 40,000 kilogram hanya dalam telefon bimbit sahaja. 20% daripada semua emas yang dilombong berada dalam simpanan negara kerajaan-kerajaan di seluruh dunia. Ianya bukan untuk dijual secara umum kepada pasaran terbuka. Pada dasarnya, emas ini dikeluarkan daripada bekalan pasaran terbuka.

Bekalan emas tidak akan bertambah secukupnya untuk menghasilkan sesuatu perbezaan. Harga trend emas harus meningkat.

 Emas Di Masa Hadapan 
 

Lebih banyak emas digunakan pada masa kini berbanding dengan bila-bila masa lain dalam sejarah manusia. Budaya-budaya sedunia menghormati kecantikan emas yang sungguh mengkagumkan walaupun dalam bentuk barang kemas, pingat atau kepentingan hal agama. Ada individu yang membeli emas sebagai suatu cara simpanan yang selamat.

Koperasi-koperasi menggunakan emas dalam kuantiti yang besar untuk mempertingkatkan tahap teknologi. Kerajaan-kerajaan menyimpan emas sebagai aset utama sebab ia sukar dimusnahkan dan boleh mewakili kekayaan sesuatu negara.

Pelabur berpandang kepada emas pada masa peningkatan dan juga ketidakpastian ekonomi. Pada zaman moden ini, ia agak mustahil jika kita tidak menyaksikan kegunaan emas dalam kehidupan seharian kita oleh kerana emas memainkan suatu peranan yang penting di dalam dunia kita.

Tahukah anda bahawa emas digunakan dalam hampir setiap peralatan elektronik yang canggih? Termasuk kalkulator, peralatan PDA & GPS, sistem audio rumah, TV, satelit, automobil dan setiap komputer di planet kita! Meskipun, sebuah telefon bimbit juga mengandungi emas bernilai kira-kira 50 sen (US). Semakin pesat perkembangan teknologi di dunia, maka semakin naik permintaan bekalan emas dalam bidang teknologi. Emas merupakan logam masa depan yang sungguh menakjubkan.

 
Fakta kenaikan harga emas tanpa INFLASI ...Purata 11%
Tahun  2001   2002    2003   2004   2005    2006    2007   2008

% naik 2.80% 9.50% 17.7% 10.2% 20.0% 3.40% 26.7% 12.9%



10 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENUKAR WANG KERTAS KEPADA EMAS.

1) Tiada susut nilai dan inflasi. Zaman nabi kita s.a.w kambing sedinar seekor, zaman sekarang pun masih sedinar seekor. Sedinar sekarang RM460 lebih kurang 1 dinar=4.25g

Setiap hari susut nilai. Satu ketika dahulu, duit Indonesia tidaklah seperti sekarang di mana 100000 rupiah=RM35 dulu mahal lagi.

2) BERnilai kerana ia logam.

Dipernilai kerana ia kertas yang dicop sahaja. Jika anda bank Negara (ada kuasa) anda pun boleh cop.

3) Laku satu dunia setiap masa. Orang kemboja yang hijrah ke Malaysia kini kaya raya di kelantan menggadaikan emas mereka untuk dijadikan modal meniaga batik. Bayangkan kalau mereka bawa duit kertas negara mereka pada ketika itu, nescaya tak laku kerana negara mereka pada ketika itu kacau bilau.

Laku waktu aman je..contoh depan mata ialah Iraq,Selepas kejatuhan Saddam,wang ringgit terus tidak bernilai.

4) Pelaburan paling terjamin dan menguntungkan. Kos nak pergi haji tahun 2006 ialah 68 dinar tapi dijangka tahun 2009 hanya perlu 30 dinar sahaja. Jadi anda tak perlu tambah duit dan dapat pergi haji lebih ramai.

Kalau anda menabung bentuk duit,nescaya anda perlu tambah lagi wang anda walhal anda nak pergi seorang je.

5) Pemimpin negara kita adalah penyimpan dinar. Mereka tahu tentang tipudaya wang kertas ini.

Disimpan oleh rakyat. Beratur di bank sebulan sekali nak simpan duit 100 200. Jangan malukan diri anda lagi.

6) Negara China adalah penyimpan emas terbanyak dunia. Untung bisnes semua beli emas. China memang kuasa besar dunia tak lama lagi kerana mempunyai emas.

Amerika negara pencetak wang kertas terbanyak dunia tanpa sandaran emas. Hanya cetak dan beli minyak dari Arab,beli alat pertahanan tapi sekarang,semua sudah tahu tembelang Amerika, cetak duit kertas tanpa emas..tak lama lagi akan down..

7) Layak kena zakat. Dapat pahala. 85gram/20 dinar simpan baru wajib zakat. Zakat 2.125g /setengah dinar.

Khilaf ulamak. Ada kata kena ada kata tak.(rujuk kitab risalah imam shafie). petikannya; tidak harus dikiaskan emas dan perak dengan duit ringgit(wang kertas) pada wajib zakat. 3 mazhab lain wajib zakat. Mazhab Shafie tak wajib..anda nak bayar juga, suka hati koranglah tapi taqlid mazhab selain shafie lah, kang tak pasai2 duit habis, amalan tak sah.

8) Keunikan yang ada pada umat islam tapi tidak digunakan.

Alat barat untuk mengambil kekayaan orang Islam seperti minyak,senjata,teknologi dan sebagainya.

9) Peningkatan purata 11% setahun tanpa susutnilai.Rujuk http://www.kitco.com/

Susut nilai setahun 37% . bonus ASB baru 7% setahun..rugi 30%.tapi kita tak nampak..kita nampak kertas aku makin banyak.

10) Tiada siapa boleh main harga kerana ia memang berharga.

Alat paling bahaya kerana penyangak matawang sentiasa ada. Tak takutkah anda jika 100 000 anda di bank dibuang 3 kosong dibelakang menjadikan duit anda jadi 100 je..tak mustahil kerana kertas semata-mata, ia hanya diperhargakan..

APA ITU EMAS ???

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk posting kali ini, saya cuma nak ambil petikan daripada salah seorang penceramah Seminar Dinar Emas 2009 yang dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Kelantan Universiti Malaya iaitu YB Dato’ Paduka Hj Husam Musa.

husam

Beliau menyebut “Emas adalah logam terpilih… yang dijadikan Allah dengan keistimewaannya yang tersendiri”.

Menarik betul ayat tersebut.

Saya sangat bersetuju dengan Dato’ Paduka Hj. Husam.

Emas adalah logam yang sangat istimewa. Bukan sekadar sifat fizikal, tetapi peranan dan pengaruhnya kepada manusia adalah sangat besar kerana:

Emas adalah lambang kekayaan
Emas adalah lambang kecantikan
Emas adalah lambang kekuasaan
Emas adalah lambang kejayaan di akhirat

Emas sebagai lambang kekayaan.

gold-coins-images

Emas itu adalah lambang kekayaan kerana ia adalah wang.

Wang kertas jika dibandingkan dengan emas adalah ibarat langit dengan bumi. Wang kertas boleh menjadi matawang bagi beberapa buah negara tetapi emas boleh menjadi matawang untuk seluruh dunia.

Wang kertas tidak mempunyai nilai. Ia diterima pakai kerana ‘dipaksa oleh pemerintah’.

Menyimpan kekayaan anda dengan emas adalah cara yang paling baik, selamat dan bijak.

Emas itu lambang kecantikan.

bridaljewellery_13286

Semua orang tahu bahawa emas adalah logam utama untuk membuat barang kemas.

Sifat uniknya yang berwarna kuning berkilau, lembut, tidak berkarat dan sukar diperolehi menyebabkan emas mendapat tempat di hati manusia.

Sejak ribuan tahun yang lalu manusia telah membuat perhiasan menggunakan emas. Sehingga ke hari ini, kita masih meminati dan menghargai emas.

Selain itu emas boleh memberi nilai sentimental kepada manusia. Contohnya, gelang, rantai atau cincin yang mak kita pakai mungkin merupakan harta pusaka nenek, moyang etc. Ia boleh diwariskan kepada generasi yang akan datang.

Di India misalnya, masyarakatnya amat menghargai dan menyimpan emas. Sewaktu perkahwinan, dowri atau mas kawin bagi orang India biasanya adalah emas.

Lebih banyak emas yang dipakai oleh pengantin perempuan maka ia adalah lebih baik kerana melambangkan tuah yang akan dibawa oleh pengantin perempuan kepada keluarga pengantin lelaki.

Emas itu lambang kekuasaan.

mahkota_emas

Raja-raja biasanya menggunakan emas pada mahkota, keris dan alat-alat kebesaran kerajaan. Ini secara tidak langsung mengaitkan emas dengan kekuasaan. Even kat Malaysia sekarang, kita semua tahu bahawa kuning ialah warna Diraja.

Amacam? Hebat tak emas?

Jadi, memang saya bersetuju dengan YB Dato’ Paduka Hj. Husam Musa.

Emas adalah logam terpilih.

Emas itu lambang kejayaan di akhirat.

Satu perkara yang menarik mengenai emas ialah ianya wujud di dalam syurga.

Al-Quran di dalam surah Al-Hajj menyebut emas adalah simbol kejayaan dan kemewahan penduduk syurga. Mereka akan dipakaikan dengan gelang-gelang emas dan mutiara dan pakaian mereka diperbuat daripada sutera.

al-hajj-23-2
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera (Surah Al-Hajj:23)

Jadi, memang Allah SWT mengangkat martabat emas sebagai barangan yang berharga, bukan sekadar di dunia, malah di akhirat jua..

Memang logam terpilih emas ni :)

Bagi mereka yang belum membeli emas. Cuba beli seketul. Letak kat tapak tangan. Kemudian cuba renung betul-betul. Saya jamin emas tersebut akan memberikan anda satu ‘good feeling’.

public_gold_bar_atas_tapak_tangan

Kalau tak percaya, cubalah buat :)

Jika anda berminat untuk mendapatkan gold bar diatas, anda boleh membelinya daripada saya. (0197752534)

Jika ada sebarang komen, sila letakkan di bahagian komen. Jika mahu lebih banyak maklumat berkenaan pelaburan emas, lawati forum jutawanemas.

Mulakan pelaburan emas anda sekarang!

ILMU DAN EMAS

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar semua? Saya harap anda semua sihat sejahtera.

Ok, Saya ada satu soalan cepu emas.

Apakah yang menyebabkan anda kaya? Daripada tak kaya anda boleh jadi kaya.
Daripada kaya.. anda boleh jadi lebih kaya.. Teramat kaya… sampai jadi billionaire

Emas? Berlian Duit? Saham? Perniagaan? ermmm…. bukan… bukan…

Jawapannya ialah ilmu

Ya, Jawapannya ialah ilmu + amal :)

Tujuan saya memaparkan artikel nie sebenarnya ialah untuk berkongsi ilmu. Mungkin ada diantara anda yang tahu pasal emas tapi mungkin ada jgak yang tak tau. Sekarang anda bleh jadi orang berilmu… cuma nak atau taknak je… kalau nak pandai lagi boleh tanya-tanya kat forum atau sembang-sembang emas betul tak?

Saya tak berikan anda emas. Tapi ilmu berkenaan emas dan pelaburan emas.

Saya selalu dengar soalan-soalan seperti ini..

“Jika saya ada RM20,000, kat mana paling untung jika saya nak melabur?”

Jawapan ikhlas saya ialah “Laburkan dalam ilmu pengetahuan” Kerana pulangannya adalah berlipat kali ganda.

Contohnya..
jika anda belajar ilmu pelaburan emas, anda boleh jadi jutawan emas.
Jika anda belajar ilmu pasal hartanah.. anda boleh jadi jutawan hartanah…
jika belajar ilmu internet marketing.. anda boleh jadi jutawan internet marketing…
jika belajar ilmu berkenaan forex.. anda boleh jadi jutawan forex..
jika belajar ilmu perniagaan… anda boleh jadi seorang jutawan dalam perniagaan…
jika belajar ilmu penulisan… anda boleh jadi jutawan dalam bidang penulisan…

Dengan ilmu anda boleh jadi jutawan dalam apa jua bidang!

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:

“Barangsiapa yang menginginkan dunia, maka hendaklah dengan ilmu”,
“Barangsiapa yang menginginkan akhirat maka hendaklah dengan ilmu”,
“dan barangsiapa yang inginkan keduanya sekali, maka hendaklah dengan ilmu.”

Wah! menarik betul pesanan Rasulullah S.A.W kepada kita ya? Pendek tapi padat.

Saidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah pernah menyatakan bahawa orang yang berilmu lebih baik daripada orang yang berharta.

Pada satu ketika ulamak-ulamak Khawarij telah menguji pengetahuannya. Mereka masing-masing mengemukakan pertanyaan yang serupa, dan diminta memberi jawapan yang berlainan tetapi mencakupi ruang lingkup yang sama. Pertanyaan itu ialah:

Manakah lebih baik, ilmu atau harta?

Saidina Ali memberikan jawapan-jawapan berikut:

“Ilmu lebih baik dari harta sebab ilmu adalah pusaka para Nabi dan Rasul, sedangkan
harta pusaka daripada Firaun, Qarun dan lain-lain”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu dapat menjaga dan memelihara pemiliknya, sedangkan harta mesti dipelihara oleh pemiliknya sendiri.”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu membentuk banyak sahabat dan kawan sedangkan harta memperbanyakkan musuh dan lawan.”

“Ilmu lebih baik daripada harta sebab ilmu apabila dikeluarkan semakin bertambah sedangkan harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan dan akhirnya habis.”

“Ilmu lebih baik daripada harta kerana orang-orang yang berilmu selalu mendapat panggilan mulia dan hormat daripada masyarakat. Sedangkan orang yang berharta seringkali mendapat panggilan yang rendah.”

“Ilmu lebih utama dari harta sebab ilmu tidak boleh dicuri daripada pemilik nya tetapi harta dapat dicuri, hilang dan sebagainya.”

“Ilmu lebih baik dari harta kerana orang-orang yang berilmu pada hari qiamat akan mendapat pertolongan daripada ilmu yang dikembangkan, sedangkan orang yang berharta akan dihisab dan diminta bertanggungjawab terhadap pemakaian harta tersebut.”

“Ilmu lebih baik dari harta kerana ilmu tidak boleh habis walaupun tidak ditambah, sedangkan harta lambat laun akan habis.”

Pak Hamka pula berkata:

”Ada ilmu ada harta jadi orang mulia,
ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang,
kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”

Jadi, untuk pembaca jutawanemas.com sekalian, marilah sama-sama kita mencari ilmu yang bermanfaat dan kita kongsikan ilmu ini dengan sesiapa sahaja. Semoga kita mendapat manfaat dariNya.


MACAM MANA NAK MULA?

Friday, June 5, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya doakan anda semua sihat sejahtera.

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi panduan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan emas. Bagi mereka yang nak panduan berniaga emas maka artikel ini boleh membantu.

Perniagaan emas.

Rasulullah pernah bersabda, 9/10 daripada rezeki datangnya daripada perniagaan. Best tu…

Sekarang cuba bayangkan…

Anda mempunyai perniagaan emas sendiri… bila orang beli emas anda dapat duit.. orang beli emas dapat lagi duit… dan duit itu pula datang sepanjang masa.. kekadang pagi.. tengahari…petang… malam… hari bekerja..hari cuti… semuanya duit.

Best tak?

Perniagaan emas ialah perniagaan yang sangat menarik dan menguntungkan.

Ini kerana:

1. Minat manusia terhadap emas tidak pernah pudar. Makin bertambah ada lah….
2. Orang tetap akan beli emas walaupun harga tinggi atau rendah.
3. Kalau anda simpan stok emas, nilainya akan naik dalam jangkamasa panjang.
4. Senang jual dan beli. Bila pelanggan tahu anda jual emas, diorang yang akan cari
anda untuk beli… nak jual pun diorang akan cari anda.

Tips perniagaan emas yang berjaya:

Berdasarkan kajian saya, terdapat 5 perkara yang sangat penting kalau anda nak jadi peniaga emas yang berjaya:

1. Anda mempunyai pembekal (supplier) yang baik.
2. Anda mempunyai pembeli yang baik
3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)
4. Sifat amanah dan boleh dipercayai
5. Banyak ilmu berkenaan emas.

Ok, mari kita baca satu persatu:

1. Pembekal yang baik.

1. Boleh memberikan stok emas dalam kuantiti yang anda kehendaki.
2. Kalau boleh dapat stok segera lagi bagus. Kalau kena tunggu lama then susah lah..
3. Supplier mesti mampu memberikan emas ketika harga emas naik ataupun turun.
Kalau supplier anda boleh supply ketika harga emas naik tapi takder stok waktu
harga turun, then anda akan hadapi masalah nak buat business.
4. Sanggup membeli balik emas pada spread yang kecil. Bukan setakat jual lepas tu
tak nak ambil balik emas diorang ataupun potong sampai 10% keatas.

2. Pembeli yang baik.

Selain daripada pembekal yang baik. Anda perlukan pembeli yang baik. Pembeli yang bermasalah akan memeningkan kepala anda dan boleh merugikan masa dan perniagaan anda.

1. Pembeli mesti membayar cash bila beli emas ataupun semasa lock harga emas.
Emas nie tak boleh beli secara hutang atau ansuran. Hukumnya haram
2. Pembeli anda mesti jujur. Kalau dah bersetuju untuk membeli atau “lock” pada
harga tertentu, maka kenalah ikut harga yang dipersetujui.
(p/s: lock bermaksud pembeli dan penjual bersetuju membeli dan menjual emas
pada satu harga yang dipersetujui bersama).

Dalam business ini anda akan jumpa pembeli yang tidak jujur dan pentingkan diri sendiri. Mula-mula setuju untuk ‘lock’ harga, tetapi bila harga emas turun daripada harga yang dia booking… maka jadilah adegan drama minta diskaun lah… takut rugilah… nak lock harga baru lah…nak batalkan pembelian lah.. telepon tak angkat lah..dan macam-macam lagi…

3. Banyak cash (lagi banyak lagi bagus)

1. Dalam business emas, lebih banyak cash lebih bagus. Anda boleh simpan banyak
stok. Tambahan pula kalau stok dibeli pada harga murah dan dijual pada harga
tinggi. Anda menggandakan keuntungan.
2. Cash diperlukan untuk membeli balik emas daripada pelanggan jika mereka nak
jual balik emas mereka. So cash kena ada banyak.
3. Kalau dalam business emas terpakai memang banyak tunai diperlukan.

4. Sifat amanah dan boleh dipercayai.

1. Dalam business emas, sifat amanah, jujur dan boleh dipercayai sangat penting.
Bila pelanggan bank-in duit, kita kena hantar emas.
2. Jangan mungkir janji atau tipu pelanggan. Kalau ada masalah,
just beritahu pelanggan. Jangan nak sembunyi-sembunyi.
3. Kalau order emas dari supplier.. jangan batalkan.
Kalau dah lock harga dengan pelanggan, kita kena ikut harga tu..

5. Banyak ilmu tentang emas.

1. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan mengenai emas yang anda ada,
maka pelanggan lebih yakin terhadap anda.
2. Lebih yakin pelanggan anda terhadap anda, lebih banyak jualan anda.
3. Anda pun akan lebih yakin apabila berhadapan dengan pelanggan.
4. Nak dapat ilmu emas? baca dan print semua artikel blog jutawanemas
5. Banyakkan bertanya kepada orang yang tahu..
6. Banyak baca buku, website, artikel dan lain-lain.

Kat Malaysia nie buku-buku pasal pelaburan emas amat terhad. Kalau anda berminat, boleh order daripada www.amazon.com atau gi tengok kat kedai buku Popular atau MPH.


Cara yang termudah menceburi business emas dengan modal yang kecil ialah dengan menjadi agen Public Gold.

Modal yang diperlukan hanyalah RM30,000.

Semua modal nie pulak digunakan untuk membeli stok emas satu set (gold bar 100 gram, 50 gram dan 20 gram, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar) dan termasuk kotak letak emas.

Kalau harga set ini kurang dari RM30,000 maka Public Gold akan berikan tambahan emas sehingga belian hampir RM30,000.

Jadi, RM30,000 yang dikeluarkan tu semuanya kita gunakan untuk membeli emas. So memang tak rugi.

pg_box_big
Kalau tunjuk kat bakal pembeli, berpinau mata diorang :)

Memandangkan saya sendiri buat business emas Public Gold, maka saya dapat berkongsi (dan masih belajar ) kebaikan menjadi agen Public Gold ini.

Kebaikan menjadi agen Public Gold.

1. Stok sentiasa ada.

Public Gold mengeluarkan produknya sendiri. Jadi stok sentiasa ada. Pelanggan boleh lock harga emas ikut harga website Public Gold. Samada harga naik atau turun, anda boleh order emas. Confirm dapat. Berbeza dengan Kijang Emas Maybank dan UOB gold product, biasanya stok susah nak dapat especially waktu harga emas turun. Harga cantik tapi tak boleh nak beli.

2. Harga emas yang rendah.

Bandingkan harga emas Public Gold dengan harga emas kat kedai emas. Memang boleh nampak harga emas yang jauh berbeza. Harga Public Gold lebih murah. Boleh tengok kat website Public Gold kat www.publicgold.com.my dan harga kedai emas (FGJAM)

3. Produk yang hot dan menarik.

Produk yang dijual adalah emas pelaburan iaitu gold bar dan dinar. Gold bar (20 gram, 50 gram dan 100 gram), dinar ( 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar). Memang hot product dan senang jual.

4. Perbezaan harga jual beli yang rendah.

Perbezaan antara harga belian dan jualan emas Public Gold adalah rendah. Untuk gold bar, perbezaan hanyalah 5% - 6%. Jadi ia menguntungkan pembeli.

5. Public Gold merupakan pakar emas.

Satu masalah kalau beli Kijang Emas atau kat UOB Bank atau kat Poh Kong ialah emas tak boleh calar, bengkok, tak boleh bukak plastik pembalut dan bermacam-macam ragam lagi. Silap-silap tak akan diterima, kalau kedai emas pulak akan kena potong sampai 25%. pergh..

Mr. Ng, Chairman Public Gold pula memberikan jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun calar, kemek, bengkok dan sebagainya asalkan berat tak hilang. Ini baru betul-betul berniaga emas.

6. Bantuan promosi diberikan.

Agen akan dapat pamplet, fail dan bimbingan yang boleh membantu mereka membuat business emas nie…

pamplet

InsyaAllah, kalau tambah dengan usaha diri sendiri anda boleh berjaya.

Komisyen agen ialah 1.5% daripada jumlah jualan.

Dengan strategi yang betul, jadi agen Public Gold memang boleh dapat sehingga 5%-6% keuntungan. (nak tau?? hehehe...)

Kesimpulan.

Perniagaan emas ialah perniagaan yang menguntungkan dengan risiko yang sangat minima. Ini kerana emas itu sendiri merupakan produk yang disukai manusia.

Jika berminat nak jadi agen Public Gold , anda boleh hubungi sifu saya melalui contact form atau sms 013-3819901 (En Syukor) dan kalau nak beli emas, anda boleh hubungi saya or sms 019-7752534 (aswan). Saya akan rasa gembira sekiranya dapat berkongsi pengetahuan dengan anda dan membimbing anda.

Kalau saya terlewat atau terlupa hubungi anda balik, harap ingatkan saya, sms balik atau e-mail di aswangold@gmail.com

Ok then, selamat menjadi usahawan emas.