Saturday, October 10, 2009
Emas & Wanita
TIADA sebarang kenyataan rasmi mengenai emas yang perlu dikaitkan dengan wanita, namun masyarakat sejak dulu memperakui emas adalah barang paling akrab dengan golongan hawa itu kerana tanpa secalit kilauan emas pada wanita, penampilan mereka dirasakan seperti tidak sempurna.
Bahkan, pepatah hanya jauhari mengenal manikam wajar ditujukan kepada wanita kerana lazimnya mereka arif mengenai ‘kelas’ barang kemas terutama jika dinilai dari sudut pertukangan, potongan batu dan nilai batu yang digunakan sama ada serasi atau tidak dengan mereka.
Walau seribu tahun akan datang, emas tetap menjadi pilihan wanita kerana kerlipan emas mampu menaikkan seri wanita, melonjakkan nilai kewanitaan pemakai dan meletakkan wanita dalam keadaan selesa untuk tampil yakin.
Hakikatnya, kerlipan emas dikatakan menjadi tarikan sejak beribu tahun dulu, malah ketika itu barang kemas yang diperbuat daripada emas bukan saja menghiasi wanita, bahkan lelaki. Lebih banyak seseorang itu memakai barang kemas, lebih tinggi darjatnya di kalangan masyarakat.
Begitu pun, kedatangan Islam menetapkan bahawa lelaki tidak dibenarkan memakai emas menyebabkan kegunaannya lebih cenderung untuk wanita dan kekal ke hari ini.
Antara mitos popular membabitkan emas, bandar purba di lembah Amazon, Brazil yang dikatakan diperbuat sepenuhnya daripada emas dan diketuai wanita. Walaupun sehingga kini tiada siapa dapat mengesahkan cerita itu, bandar mistik berkenaan popular hingga ke hari ini dan menjadi buruan penjarah harta karun kerana tiada siapa tahu lokasi sebenarnya.
Selain itu, kaum Inca di Peru yang dikatakan rakyatnya disaluti emas turut menjadikan emas sebagai barang keperluan sehinggakan ada cerita yang mengatakan masih banyak lagi harta karun masyarakat yang sudah pupus daripada bumi itu, tersembunyi.
Zaman silih berganti, apabila konsep perdagangan diperkenalkan, emas menjadi antara mata wang utama masyarakat ketika itu untuk berdagang kerana keunikannya. Hari ini, emas masih lagi kekal diminati masyarakat dan di Malaysia, wanita Kelantan antara golongan yang dikatakan pencinta barang kemas itu.
Kecenderungan itu dilihat apabila kebanyakan wanita di negeri Cik Siti Wan Kembang menyuburkan budaya pemakaian barang kemas diperbuat daripada emas sehingga ada yang berjenaka ‘tangan dan leher wanita Kelantan sentiasa disaluti perhiasan emas’ bagi menggambarkan minat mereka.
Sebenarnya bukan saja wanita di Kelantan, sebaliknya wanita Pulau Pinang juga antara pencinta emas. Bukan seurat dua, bahkan penuh di leher dan tangan dihiasi gelang besar atau rantai emas panjang bersaiz besar.
Bagi mereka yang meminati emas, pembelian barang kemas tidak dianggap suatu pembaziran sebaliknya pelaburan kerana jika keadaan terdesak, barang kemas berkenaan boleh dijual balik terutama ketika harga emas meningkat.
Tetapi adakah anda sedar kandungan emas yg semakin kurang di dalam bumi kita? manakala ia juga sukar didapati dan terpaksa melalui proses-proses yg sangat sukar menyebabkan ia menjadi begitu bernilai.
Seperti yg kita tahu wanita adalah pengemar emas dan peningkatan permintaan daripada golongan hawa ini memberikn kesan pada harga emas itu sendiri.
Terlintas ke di fikran kita bahawa jumlah golongan wanita yg semakin meningkat di bumi kita saban hari? Hadith Rasululullah S.A.w berikut adalah sebagai bukti yg sangat kukuh:
SEDIKIT LELAKI DAN BANYAK PEREMPUAN
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, "Akan aku ceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Di antara tanda qiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, berlaku banyak perzinaan, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nantinya seorang lelaki akan mengurus limapuluh orang perempuan."
H.R. Bukhari Muslim
Keterangan
Nabi kita saw. menerangkan, bahawa diantara tanda hampirnya qiamat ialah sedikit ilmu agama, banyak kejahilan, banyak berlaku perzinaan, sedikit kaum lelaki dan ramai kaum perempuan.
Statistik penduduk dunia pada hari ini menunjukkan bahawa jumlah kaum perempuan adalah lebih ramai dari jumlah kaum lelaki. Di sesetengah negara terdapat nisbah bagi bilangan setiap lelaki berbanding dengan sebelas wanita (1:11). Dan kalau kita meneliti di merata tempat, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa perempuan adalah lebih banyak dari lelaki.
Menurut Imam Ibnu Hajar, sebab bilangan perempuan lebih ramai dari kaum lelaki adalah akibat dari peperangan yang berlaku, kerana yang banyak terbunuh dalam peperangan adalah kaum lelaki, bukannya perempuan dan juga Allah swt. menghendaki kebanyakan yang lahir di dunia ini adalah perempuan dan sedikit sekali dari kalangan lelaki.
so,klau kte fikir btul2.. perempuan makin lame makin ramai, emas plak makin siket yg kte blh kluarkn dri prut bumi kte ni.. jadi tidakhairanlah nilai emas akn makin tinggi nilainya..
so, simpanlah emas kerana banyak kelebihannya lebih2 lg zaman skrg ni... keadaan yg memerlukn kte agar lebih bersedia..
INFO:
Keunikan emas:
Air rendaman emas dikatakan mampu menaikkan seri wajah sekiranya anda mengamalkan membasuh muka dengan air berkenaan.
Emas juga sering digunakan dalam persolekan dan rawatan wajah. Ada salun spa memperkenalkan rawatan wajah berteraskan emas kepada pelanggan yang ingin menaikkan seri wajah.
Pada zaman Firaun, segala harta benda termasuklah emas akan dikebumikan bersama tuan punya hak milik kerana emas dianggap sebagai barang berharga yang wajar dibawa bersama oleh pemiliknya.
Lantaran kuasa emas, ada individu yang taksub dengan kecantikan wajah memasukkan susuk diperbuat daripada emas pada wajah mereka walaupun hal ini diharamkan dalam Islam.
Terdapat pelbagai panggilan untuk emas antaranya emas paun, emas kuning, emas merah dan emas putih yang setiap jenis mempunyai nilai berbeza.
Emas 916 sesuai digandingkan dengan batu permata seperti kecubung, delima, zamrud dan nilam, tapi tidak boleh digandingkan dengan berlian kerana ia menenggelamkan seri dan kilau berlian yang bersifat karbon itu.